Panduan E-GOLD

E-Gold ialah matawang elektronik (e-currency) yang dikeluarkan oleh e-Gold Ltd. yang nilainya disandarkan kepada harga emas semasa dalam US$ atau mata wang yang lain. Unit e-Gold ini boleh digunakan untuk membeli atau membuat pembayaran kepada barangan atau produk dari syarikat yang bersedia menerima e-gold sebagai pembayaran.

Setelah buka akaun e-Gold, unit e-Gold boleh ditambah/dibeli atau dijual semula melalui agent/syarikat jaul-beli e-Gold, lihat senarai dalam laman web e-Gold pada menu e-Gold Directory. Terdapat banyak agen yang menjalankan bisnes ini dengan memberikan kemudahan dan mengenakan komisen.

Open an E-gold account :

Anda boleh Buka akaun e-gold disini :-



Apabila anda sudah memasuki laman web e-gold,anda boleh ikut langkah dibawah untuk bantuan pendaftaran :-

1. Pertama klik > Create an account > I Agree

2. Isi seluruh informasi yang diperlukan oleh pihak E-Gold.com

Passphrase atau password gabungan huruf dan angka , cara membuat pharaprase yg benar seperti ini : 1234jutwan, jutawan1234 , atau anda pilih password dengan mencampur angka dan huruf.

Pilih nama e-gold account anda dengan nama sebenar anda, tujuannya adalah untuk pengesahan dengan marketiva support.

3. Check semua data > lalu klik submit / enter.

4. Nombor ID E-Gold anda akan dikirim ke e-mail anda.

5. Buka email anda 2 minit kemudian, baca email dari pihak E-Gold Company dan catat nombor ID E-Gold anda tersebut, selalu ingat No Account e-gold dan rahsiakan password anda.

Menu apa yang tersedia di e-gold ?

Menu yang disediakan adalah sbb.:

Balance = untuk melihat baki wang dana anda.

Spend = untuk hantar/bayar egold ke akaun e-Gold lain.

History = untuk melihat perincian transaksi lepas

Account Info = untuk merubah profile dan passphrase/password.

Pastikan selalu logout untuk keselamatan account anda.

Bagai mana hendak mengisi akaun egold anda?

Ada banyak cara sebenarnya,tetapi antaranya anda boleh membeli dari mereka yang sudah membeli egold. Kebanyakan rakan Malaysia menjalankan jual/beli egold melalui YM(yahoo messenger) . Bagaimana mereka mengetahu siapa yang ingin beli/jual?

Ada beberapa website/forum tempatan yang menyediakan tempat jual/beli egold.

Antaranya ialah wannagold , egold Malaysia dan yang lainnya.. Tetapi Awas! kerana jika anda tidak mengenali penjual/pembeli memang ada risiko penipuan.Tidak dinafikan ada kes-kes penipuan dalam dagangan egold. Maka adalah lebih baik anda menjual/beli dari rakan yang anda kenali.

Ada juga website yang menawarkan pembelian egold melalui kad kredit.tapi saya cadangkan asianpay.com Tetapi biasanya jika menggunakan kad kredit cas yg dikenakan adalah tinggi sedikit.

Bagai mana hendak menukar kembali egold kepada Ringgit Malaysia?

Lakukan perkara yang sama semasa anda membeli.Iklankan di website jual beli dan tinggalkan nombor kontek anda supaya pembeli dapat menghubungi anda.Adalah lebih baik sekiranya jual beli dilakukan secara 'cash on delivery',bermakna dua-dua pembeli dan penjual melakukan jual beli secara cash (by hand).

Satu lagi cara ialah melalui debit card.Anda boleh memperolehi debitcard egold dari asianpay juga.Melalui debitcard ini anda boleh mengeluarkan terus egold anda dari mana-mana ATM mesin yang mempunyai logo cirrus /+(plus).